Na-ka-ma. Rasanya ramai yang dah tau kot makna perkataan ni. Kalau kau kaki anime, konfem kau tau. Bagi yg tak tau, na-ka-ma  adalah satu perkataan Jepun yg membawa maksud kawan/sahabat/rakan/teman/komrad atau sewaktu dgn nya. Entry kali ni aku terdetik nk share pendapat dan pengalaman aku dlm persahabatan. And please bear this on mind, semua yg aku tulis adalah berdasarkan pendapat dan pengalaman aku sahaja. Takde kaitan dgn fakta yg betul pun.

Aku percaya setiap drpd kita mesti ada kawan. Tak kisah la ramai ke sikit ke. Kawan rapat ke, tak rapat ke, tp kita semua mesti ada kawan. Takde manusia yang boleh hidup sorang-sorang diri tak cakap dgn orang, tak bergaul dgn org. Mustahil sama sekali. Kita manusia saling memerlukan antara satu sama lain. Bagi melengkapi antara satu sama lain, kita mesti berkomunikasi sesama kita. Melalui komunikasi, maka berkembanglah menjadi sebuah hubungan dan terjalinlah persahabatan. Daripada langsung tak kenal, boleh jadi kenal. Daripada stranger, boleh jadi kawan. Itu lah powernya komunikasi ni.

Tapi aku jenis takot nak buat first move utk tegur orang. Kalau stranger atau org aku tak kenal mmg aku jarang nak tegur dulu. Sebab tu la ramai yang label aku sombong, sedangkan aku tak sombong pun sebenarnya cuma pemalu je. Bila orang tegur aku dulu, aku layan elok je. Aku friendly je sebenarnya, cuma tak berani nak mulakan dulu. Tak tahu topic apa nak dibualkan, tak tahu apa minat dia. Lebih kurang mcm tu la, Bg aku, sombong tu kalau kau tegur orang, orang tu layan kau endah tak endah je ataupun tak layan kau langsung. Tu baru betol kau nak pggl sombong. Takyah nak sombong sgt lah. Kita manusia ni semuanya sama je. Kau, aku dan semua orang lah atas dunia ni, ingatlah kita ni taraf Hamba je. So, takyah nak bajet bajet sgt la. Tak kemana pun, Dan satu lagi, aku jenis layan orang depends on cara dia layan aku. Kalau dia okay, aku pun okay. Kalau dia nmpk mcm tak suka aku, tarik muka bila jumpa dgn aku, aku pun automatic akan layan dia mcm tu jgk. Haha. Macam tak matang je.

Selama aku hidup dua dekad plus minus ni, dah byk jenis kawan aku jumpa. Terlampau banyak perangai dan ragam yg aku dah tengok, rasa, alami dan hadapi. Experience is the best teacher. So, takde hal la. Lagi byk ragam kau kenal, lg bagos. Sbb nanti kalau kau jumpa orang yang perangai sama, at least kau dh boleh handle mcm mana nk deal dgn orang sedemikian, Bagi aku, dalam friendship development ataupun perkembangan persahabatan ni ada empat kategori. Ni bersadarkan pandangan aku sahaja ye.

  • Orang asing. Pertama, orang asing ataupun stranger adalah orang yang kau langsung tak kenal pasal dia. Nama dia, muka dia pun kau tak familiar, tak pernah jumpa kat mana-mana pun sebelum ni. Contohnya. bila kau keluar rumah pegi lepak kat mall ke apa ke, berlambak strangers. 
  • Kenalan. Kedua, kenalan ataupun acquaintance adalah orang yang kau tau sikit je details pasal dia macam nama dia, muka dia kau familiar mcm selalu jumpa kat mana-mana. Contoh kenalan ni macam budak kelas sebelah yang kau tau nama dia, muka dia pun kau selalu jumpa kat sekolah tp kau tak sembang sgt dgn dia. Haa mcm tu la lebih kurang.
  • Kawan. Ketiga, kawan ataupun friend adalah orang yang kau tahu nama dia, tempat tinggal dia or in other words kau tahu byk details pasal dia lah, orang yg kau selalu lepak, yg kau selalu sembang, selalu bergurau. Senang citer orang yg kau byk spend masa dgn dia. Contohnya, classmates kau. Yup, mula-mula start sekolah kau tak kenal sorang pun classmates kau (stranger stage). Lepas kau dah familiar dgn dorang maka jadi la kenalan (acquaintance stage). Dan lepas dah selalu jumpa selalu lepak maka jadilah kawan (friend stage).
  • Kawan baik. Last sekali, kawan baik ataupun best friend. Ni adalah stage yg paling tinggi dalam friendship development ni. Kawan baik ni ialah orang yang kau put trust in him 100%. Orang kau kau sanggup susah senang bersama-sama. Orang yang kau tak segan nak kongsi rahsia kau. Orang yang selalu dengar masalah kau. Orang yg kau letak dia sebagai first priority kau. Susah nak jumpa kawan baik ni. Teramatlah susah.
Setengah orang suka ada kawan ramai. Lagi ramai lagi meriah katanya. Tp bagi aku, lagi ramai kawan, lagi byk masalah. So, i keep it simple. Bagi aku ada small circle of friends pun dah cukup. Bukannya memilih kawan, kawan je dgn semua, tp utk lepak tu aku prefer lepak dgn tak ramai kawan. Bila ramai-ramai ni, mesti ada yang tersisih. Dan biasanya yang tersisih tu adalah aku. Entah lah aku rasa aku ni membosankan kot. Tak byk topic nak dibualkan dgn aku. Sebab tu lah selagi aku boleh elak, aku akan cuba elak drpd lepak ramai ramai. Sakit weh rasa tersisih ni. Rasa macam kau tak wujud je kat situ, rasa macam tunggul. Tapi sebab dah terbiasa, jadi aku dah tak kisah sgt la sekarang. Aku ni pulak jenis susah nak jadi diri aku sendiri bila dgn orang aku tak rapat sangat atau tak kenal langsung. Macam aku cakap awal awal tadi, aku tak tahu nak cakap apa, topic apa yg patut dibualkan dgn orang aku tak rapat ni.

Selama aku hidup ni, kebanyakkan persabahatan aku cuma sampai kat stage kawan je. Kawan baik ada la jugak tapi tak ramai la. Boleh bilang dgn sebelah tangan je kot. Aku sekarang jadi takot nak kawan rapat dgn orang. Sebab bila berkawan terlalu rapat, mesti gaduh. Mesti. Dah byk kali sgt dah jadi. Mungkin punca dia sebab aku kot. Mungkin sebab aku tak cukup bagus utk ada kawan baik ni. Atau sebab aku ni membosankan kot. Ataupun mungkin sebab aku teralu clingy or terlalu dependent kat dorang sbb yelah dah rapat kan aku akan jadi nak bersama dgn dorang je. Nak selalu makan sekali, pegi mana-mana sekali dan pendek kata nak buat semua benda sama-sama la. Mungkin sebab tu dorang jadi rimas dengan aku kot. Lepas tu jadi renggang. Bila dah renggang, mesti awkward gila babi nak tegur balik. Even sebelum ni duk berkongsi masalah sampai 3-4 pagi, nak cakap sepatah "hai" pun susah. Kalau yang pernah rasa tu. mesti tau kan macam mana rasa dia. Perit. Memang perit tapi apa boleh buat. Mula-mula je rasa macam tu, lama-lama tak rasa apa dah la.

Dan ada jugak yang nak rapat sebab ada hidden agenda. Tak betol-betol ikhlas nak berkawan. Kawan sebab nak mintak tolong je. Aku pulak jenis yang susah nak cakap "no". Susah nak tolak bila orang mintak tolong. Kalau tak nanti, orang label aku tak pandai kawan pulak. Terpaksa aku ikhlas kan hati even time tu aku ada crisis lain macam financial crisis. Banyak kali jugak aku rasa aku dipergunakan tapi aku tak berani bersuara. Takot nanti bila bersuara, gaduh pulak. Sebab aku tak bersuara ni la ramai yang mempergunakan kebaikan aku (okay, statement ni macam poyo sikit).

Sekarang aku cuba untuk tak bergantung harap sgt kat orang. Aku cuba hidup sendiri. Sampai bila nak bergantung kat kawan kan. Dah besar panjang dah. Kena belajar berdiri di atas kaki sendiri. Ni tak masuk alam pekerjaan lagi. Konfem lagi mencabar. Kawan tikam belakang tu biasa sangat. Tapi satu jelah yang kita semua patut ingat, kawan ni tak selamanya boleh ada dengan kita. Bila kita susah, belum tentu dorang semua boleh tolong. Cuma family je yang selalu ada dengan kita tak kira susah atau senang. Jadi kat sini aku nak pesan, jgn la terlalu pentingkan kawan sampai hubungan kau dgn family terabai. Always remember, put  family first no matter what. Kawan ni tak semua boleh percaya.

Ada yang suka korek rahsia kita pastu pegi mengumpat kat orang lain. Ada yang suka buka aib kat orang lain. Sebab tu aku tak open up sgt nak cerita pasal aku kat orang apa yang aku rasa, masalah aku, rahsia aku dan semua benda yang aku consider as private. Ada certain people yang aku share, bukan takde langsung. Orang yang mmg aku betul betul trusted je lah aku share. Sebab benda ni melemahkan kita kalau ada kawan yang berniat jahat ni pegi heboh kat orang lain. Aku tak nak orang nampak aku lemah. Aku rasa pendam sorang-sorang itu lebih baik kot.

Akhir kata, aku nak ucapkan terima kasih kat semua kawan baik aku. Buat yang masih stay, terima kasih sbb tahan dgn perangai aku, sudi layan kerenah aku. Buat yang pernah suatu ketika dulu jadi kawan baik, terima kasih jugak sebab menyedarkan aku yang kita tak boleh paksa orang untuk stay dgn kita.

Terima kasih, kawan!

Labels: , , , , , , ,



0 Comments:

Post a Comment

Tak kira di mana kau berada, aku doakan kau berjaya dunia akhirat. Tolong doakan aku sekali ye. Amin.



Moshi Moshi
Fakhry Adam
20. Ex-Palam batch 14/15. UniMAP batch 15/16



Find me on:



Instagram



Ongaku





Chatto
Credits
Template by Rin with top icon and image.


« OLD