(Source: Google edited By MFAR)

Harini aku nak share experience aku study foundation kat UiTM Palam a.k.a Puncak Alam. Kat UiTM Puncak Alam ni ada dua course asasi which is Asasi Sains (PI080) and Asasi Engineering (PI009). Asasi Law dgn TESL ada kt Shah Alam. Tp yg Madam Lecturer aku cakap dak dak asasi batch aku ni yg last dkt Palam ni. Nanti Dia nak unite kan semua dak dak asasi letak kat satu tempat which is UiTM Dengkil. Yg aku tau UiTM Dengkil tu masih dalam pembangunan.
So, aku akan share la serba sebanyak yg aku boleh buat adik adik yg in case nak isi UPU tu tp xtau nk isi course apa kan... In case la kalau berminat nak join program asasi kt UiTM ni kan... Who knows?

First aku akan story morry pasal apa yg akan korang belajar bila join program ni, barang yg perlu nak dibawa, and pasal transportation kan sini. In Sha Allah, info yg aku tulis kat sini dapat tolong korang. 

Apa yg aku balajar kat sini?

SEMESTER 1:
  1. BIO091
  2. CHM092
  3. CTU085
  4. ELC080
  5. MAT093
  6. PHY094
 SEMESTER 2:
  1. BIO095
  2. CHM096
  3. CTU088
  4. ELC081
  5. MAT097
  6. PHY098
Tu semua code-code subjects bg science students. Aku rasa BIO, CHM, MAT dgn PHY tu korang boleh teka kan suject apa kan? Tak perlu la aku nk bagitau satu satu kan. Korang wasep pun pakai short form, Haha. ELC dgn CTU tu  additional subjects while 4 lg tu core subjects. ELC tu English Language, CTU tu kalau kat sekolah menengah kira macam Pendidikan Islam la. Haa, 2 subjects ni korang wajib lulus tau. Dia tak effect pn markah GPA/CGPA korang tu. Tp kalau rasa mampu nak score every subject, score jelah.

For BIO, CHM, MAT and PHY korang belajar macam sekolah menengah je, cuma lebih detail. Well nama lg A-Level kan, mesti la Advance. It didn't call A-Level for nothing. So, aku bg tips awal awal, better korang baca serba sedikit for each subject. Sbb nnt kau masuk sini start belajar, at least korang takde la blur sangat. Aku cakap ni berdasarkan pengalaman aku sendiri, Kalau boleh reverse balik masa, kalau aku tau kat sini belajar apa, time tanam anggur lepas SPM haritu aku akan study je hadap buku, Tp nak buat macam mana, kita bukannya tau dapat masuk U mana. Ke masuk matrik ke.

Tp kalau masuk matrik pun, sama je dgn asasi, Cuma yg beza nya kalau kau masuk asasi, dapat rasa environment university tu mcm mana. Plus, asasi ni lg susah, Matrik tu lecturer ajar macam kat sekolah lg. Alaa senang citer macam ni la, Asasi ni ibarat SBP, no more school feeding. Matrik ni ibarat sekolah harian biasa, Lbh kurang macam tu la. Hee, no offense ye budak matrik.

For ELC, sem 1, kau belajar cara nak jawab MUET. Cara nk buat speaking test, writing test, and listening test. Sem 2 kau belajar cara nak buat nak thesis which is this skill is so important when you pursue your study in higher level. So, don't take easy on ELC. Sem 1, I can it's quite easy but sem 2, it's quite complicated. It's not that I want to scare you, but it's real dude.

While for CTU, kau belajar macam Tasawwur Islam. Sape yg amik tasawwur dulu tu mesti rasa macam kacang je. Sem 1 kau belajar asas-asas pembinaan Islam. Sem 2 kau belajar pasal sains dan teknologi dalam Islam. Oh setiap sem kau akan disuruh untuk menghafaz surah tau. Sem 1 kau kena hafaz Surah Al-Mulk, sem 2 Surah As-Sajadah. Haa, so alang alang tengah tanam anggur tu, hafaz la surah sekali ek.

For each sem ada 2 kali test and 1 final exam. Markah final 50% and other 50% from your carry marks, Carry marks ni kau kena kutip time quiz dgn assignments. Assignments depend on lecturer nak kasi kau buat apa. Lain lecturer lain style dia.

Apa Barang Yg Kena Bawak?

Haa for this question, aku akan cuba buat dalam list, biar nampak organize sikit then aku explain for each items okay?

Items to bring:

  1. Handphone and Charger
  2. Laptop and Charger
  3. Baju dan Seluar secukup rasa
  4. Al-Quran
  5. Sejadah
  6. Kain pelikat/Kain sembahyang
  7. Pakaian dalam
  8. Alatan mandian
  9. Cadar
  10. Sabun basuh baju
  11. Bakul
  12. Hangers
  13. Clippers
  14. Stationery
  15. Test pads
  16. A4 paper
  17. Printer*
  18. Iron*
  19. Kettle*
  20. Makanan sebanyak mungkin*
Haa tu jela kot. Yang aku taruk (*) kat sebelah tu adalah optional in other word tak bawak pun takpe. Kalau nak bawak lagi senang tak payah nak pinjam orang lain punya. Laptop tu penting gak tau utk jawab quiz, assignment, tengok movie, main dota eh? haha. Tp mmg betol tau. Quiz n assignment chemistry kitaorang kena jawab online. Kalau quiz chemistry kena jawab dalam kelas, pergh dapat telur ayam la jawab dia. Printer tu penting gak sebenarnya tp aku categorize kan dia under optional sebab ye la tak semua orang yg mampu nak beli printer khas utk bawak masuk Palam je kan. Printer ni utk print lecture notes dgn assignment je. Kalau tak nak bawak, print je kat kedai alat tulis kat PSB, or CC kat KKPA. Haa, mesti korang ternganga apa tu PSB or KKPA. Nanti aku explain jup lagi. So, dah tau apa yg nak dibawa? Dah ready nak masuk Palam?

Apa Yang Ada Kat Palam?

Bak kata iklan Astro, macam-macam ada. Tp apa yang kau perlu tau as a beginner ni, pasal kolej penginapan. Kat sini ada 3 jenis block, Angsana(A), Casuariana(C) and Rafflesia(R). Aku baca blog ex-ex student asasi dulu, blok A khas untuk lelaki, R khas untuk perempuan. Zaman dorang dulu takde lagi blok C ni sbb batch aku yg first launch blok ni.Tilam dgn kerusi dalam plastik lagi bhai, Untung giler weh. Mohon jeles. Haha.

Zaman aku ni, blok R tu still untuk perempuan, tp ada gak perempuan duk kat blok A dgn C. So tak boleh nak specifickan sangat la. Sesampai je kau kat sini, first thing kau kena buat ialah fill up the registration form dekat booth yg nnt korang tau la. Kalau ada member yg dapat kos sama dgn kau, hari register pun sama, chance untuk dapat duduk satu bilik tu tinggi ah. Kau plan la dgn dia nk daftar sesama. Tp make sure dia course sama la. Sbb kebiasaanya, satu blok tu khas utk satu course. Mcm aku, aku duk C5. Budak engine duk C4.

Okay kat sini dia bg rumah tau, macam rumah flat cuma takde dapur je. Setiap rumah ada 4 bilik. satu bilik ada 2 orang. So, maximum penghuni rumah 8 orang. Hari first masa register tu dia akan bg kunci. Kat Kunci tu dia akan tulis no blok, no rumah, no perabot. Alaa kalau x paham, nnt person in charge masa registration tu akan explain kat kau.

Kat blok A dgn blok R source internet dia Ethernet. Kau tau kan? Alaa yg kena cucuk cable LAN tu. Dia takde wifi. Kat blok C, blok baru tu dia ada wireless. Yg cable LAN tu kau kena beli sendiri. Takpe kat mart ada  jual. Kau cari je kat situ. Mart tu aku malas nk citer lebih lebih. Nanti kau cari la sendiri. Bg aku, mart tu complete la. Tak payah susah susah nak beli kat luar. Berbalik kat citer pasal internet ni, ni wa nk bgtau lu, yg pakai LAN cable tu lg laju drpd wireless kat blok C ni tau. Speed dia rapat 1mbps takpun lebih. Wireless tu bengap time ramai orang. Kalau semua dah tido, haa time tu boleh la nak challenge speed dgn blok A@R haha.

Kat Palam ni gak ada PTAR which stands for Perpustakaan Tun Abdul Razak. Kalau nak study mmg best ah kat sini. Dah la aircond sejuk gila. Better bawak sweater la kalau nak masuk sini sbb takot nanti tak boleh focus nak study sbb sejuk melampau.



Dekat dgn PTAR ada Unit Kesihatan (UK). Dulu UK ni ada kat atas tau, tp start dgn batch aku ni dia pindah kat bawah. Tp bangunan kat UK kat atas ni kecik je kalau nk compare dgn UK baru kat bawah tu. Alah, don't worry, kalau kau rasa tenat sangat tak larat nak turun bawah, kau call je ambulans dalaman. Nanti dia akan amik kau turun bawah. Free je, Nanti dia akan bg notice kat setiap rumah pasal no.-no. penting utk kau tahu. No. fello pun ada in case kalau berlaku emergency kan.

And of course kat UiTM Palam ni mesti korang dah sedia maklum pasal tangga ala ala Batu Cave tu kan? LOL. Alah, awal awal sampai Palam memang ah rasa penat nak daki tangga yang tinggi nak mampos tu, tp lama lama tak rasa pape pun. Bak kata pepatah, alah bisa tegal biasa kan? Haha. Aku dulu awal awal tengok tangga je pergh malas nya lah nak naik atas. Tp lama lama bila tengok je tangga tu rasa macam come on, bring it on babe, I'm so ready for you! LOL

Tangga Kejayaan UiTM Puncak Alam
Alah xde ah tinggi sangat kan?

Korang turun je tangga kejayaan tu kan, first thing korang akan nampak is Plaza Satelit B (PSB). Kat sini ada cafe, kedai printing, cawangan Bank Islam, ATM machines, and etc. Salah satu tempat makan la bila korang ada kat bawah. Lg satu tempat nak makan kat bawah is tempat sebelah PTAR. Kat situ ada banyak gak pilihan. Aku prefer makan kat bawah tu sebab tak ramai sangat manusia berkeliaran. Tp ikut time gak, sbb kalau peak hour I mean kalau time tu ramai orang rehat, mmg GG ah.

Laluan kat PSB aras berapa tah


Pastu kat Palam ni jugak ada Kolej Kemudahan Pelajar Angsana (KKPA) dan Kolej Kemudahan Pelajar Rafflesia (KKPR). Kat sini ada cafe, ada gym, bilik study, studio, dewan serbaguna and etc. Laki ke pompuan boleh je guna mana-mana, EXCEPT GYM! Gym kat Raffle aka KKPR for girls je while Gym KKPA for guys. So, jgn la pulak nk mengade salah masuk gym pulak!

Selain tu ada Surau Ibnu Sina. Time MDS kau banyak buat aktiviti kat sini. MDS tu minggu detinasi pelajar macam minggu orientasi kat sekolah dulu. Masa minggu ni dia akan explain la pasal tempat tempat yg ada kat UiTM ni,



Macam Mana Transportation Kat Sini?

Kat Palam ni ada 3 jenis bas, Tapi ketiga-tiga ni bas Rapid KL, cuma route dia lain-lain.


  1. U90. Haa bas ni memang antara yang paling famous ah antara ketiga-tiga tu. Bas ni la orang paling sesak dgn manusia khususnya hujung minggu. Bas ni operate dari Bus Stop Angsana dalam UiTM ke Klang Sentral sampai Seksyen 2, Shah Alam (berdekatan dgn UiTM Shah Alam). (Cas RM2)
  2. T600. Bas ni operate dr Bus Stop Angsana pergi bandar Puncak Alam. Kalau nk pegi EconSave, bgtau pak cik bas tu awal-awal sbb dia takkan lalu sana kalau x bgtau.(Cas RM1)
  3. Bas dalaman. Bas ni bg budak budak yg malas nak naik tangga. Aku saja je x nk bgtau awal awal kat atas tu. Saje nak buat korang cuak. (Cas RM1)
Dengan bas U90 ni korang blh pegi KL Sentral. Kau naik bas U90 kt UiTM, turun kat Bus Hub Seksyen 2 Shah Alam. Dari situ kau amik bas U80. Cakap kat abang tu nak turun kt NU Sentral. NU Sentral tu shopping complex belakang KL Sentral. Dari KL Sentral lantak kau la nak pegi mana Mid ke, KLCC ke, Pavi ke Low Yat ke. Up to you. Yang tu x perlu la kot aku nak guide. Selalunya interval bas ni sejam plus minus. Selamat mereput la ye kat bus stop tu. LOL. And selamat menjadi sardin kat atas bas ! MUAHAHAHA!

Bas T600 pulak dia pegi bandar Puncak Alam. Kalau time bulan puasa, kat kawasan perumahan ada bukak bazaar tau. Best la jugak. Kalau bosan makan makanan Kat KKPA dgn KKPR tu, boleh la keluar cari makanan kat sini. Kat Bandar Puncak Alam, ada tesco, masjid besar (time puasa dpt makan free xD), and etc.  Interval bas ni aku tak pasti tp rasa nya tak sampai sejam kot. Sebab dekat je bandar dgn UiTM ni.

Bas dalaman tu tak yah citer byk la kot. Bas ni mmg ramai gila manusia masa test or exam. Kalau kau gigih nak merempuh dugaan jadi sardin kat dalam bus tu kau naik la bas. Masa test or exam je la ramai manusia. Kalau hari biasa tak ramai pun.

Kenderaan Sendiri boleh bawak tak?

Motor kau boleh je bawak. Kau kena apply untuk dapat sticker dulu baru kau boleh bawak motor masuk. Kalau takde sticker kena denda bhai. Procedure untuk dapat sticker tu aku tak tahu pulak macam mana sbb aku tak bawak motor masuk sini. Orang cakap kena bayar. Kau tanya tanya je la orang nanti. Kereta kalau kau nak bawak kau kena kemukan a very strong reason like kau ada penyakit kronik tak boleh jalan banyak  or kau tak boleh kena cahaya matahari kalau tak nanti cair macam Olaf dlm Frozen tu ke, suka hati kau la ek. Jangan ingat sbb kau kaya je kau boleh bawak kete sesuka hati ek. Nanti dah kena kunci tayar baru padan muka.

Banyak Tak Buku Teks? Mahal ke?

Banyak tu tak de, tebal tu ada. Untuk batch aku ni Bio dgn Phy 1 buku. Chem dgn Math 2 buku. Tapi Buku math dgn physics tu tak wajib beli. Bio dgn Chm  wajib beli. Buku bio tu kan, aku beli takde guna gak. Kau baca lecture notes je pun dah cukup. Kalau aku bukak buku bio tu kalau terlebih rajin je which is once in a blue moon. LOL. Buku Chm mmg kena beli sbb nak PIN kat buku tu utk ala nnt Lecturer kau bgtau la. Buku Math x beli pun takpe sbb for each chapter Lecturer suh kau beli kertas kat kedai print. Buku tu nak beli buat rujukan or buat exercise boleh je. Ikut suka hati kau la. Dah besar, pandai pandai la nak hidup.

Apa tu iLearn, Student Portal bagai?

Every UiTM students akan dapat access benda alah ni. Student Portal tu ada macam macam. Kau boleh nak semak kau dah settlekan payment yuran dan kolej ke belom. Kat Student Portal tu jugak ada iLearn. Kat iLearn ni jugak kau boleh download lecture note, tgk announcement for each subject. It depends on lecturer gak la. Nanti lecturer kau bgtau kau check je.

This is the Menu for iStudent.

Homepage Student Portal


Asasi Dapat Biasiswa kan?

Ha'ah, asasi mmg ditaja oleh kerajaan, Semua students asasi/matrik dapat duit KPM. Satu sem dapat dekat RM2000 tau. Cukup la utk bayar yuran kolej dgn yuran belajar. Aku nk bg advice sikit. Dapat duit KPM tu kau settle kan dulu payment tu dulu, baru kau boleh nak enjoy. Lps bayar yuran semua tu duit ada lg balance RM1200 plus minus. Kalau kau pandai berjimat, boleh la nak beli benda lain yg tak berapa penting tu mcm gadget ke accessories phone ke. Jgn dapat je duit terus kau belanja tak ingat dunia. Hujung sem nanti menderita lah kau tgk balance sikit gila. LOL

Susah ke Senang Asasi Sains ni?

Semua atas kau. kalau kau masuk sini sebab mak ayah paksa, sebab sini je kau dapat, kau akan rasa berat hati nak terima apa yang kau belajar kat sini. Kalau kat sini mmg dah first choice kau, kau akan rasa happy je and kau akan rasa benda tu senang je. My advice is, just accept what Allah gave to you. He put you here with reasons. So, try to be as grateful as you can. Terima je takdir Allah dgn hati terbuka. Jangan rasa benda tu sebagai satu bebanan, okay? Kalau kau rasa down, kau fikir macam ni je, "orang lain boleh je dapat 4 Flat, kenapa aku tak boleh? aku pun boleh la!"

Kena aktif KOKO tak ?

Beberapa hari lepas kau masuk sini, kau kena isi KOKO tau. Kau pilih la mana mana club kau berminat. Nanti dia akan letak kat notice board bila ada KOKO. Hari first meeting tu kau better pegi tau, sbb dia akan bg kad KOKO. Kau kena kutip kupon aktiviti and paste kad ruangan yg disediakan kat dalam kad KOKO tu. Senang je pun nak dapat kupon aktiviti tu. Selalunya kat masjid banyak buat aktiviti. Kau join jelah, sambil kutip kupon, dpt gak tambah ilmu agama, Ke rasa ilmu agama tu dah cukup?

Kupon aktiviti tu dia nak kau kutip at least 3 je pun, Takkan tak boleh kan? Kau kutip lebih pun dia akan bg maximum marks 3 gak. Bukan nya ada additional marks kalau kau fill semua ruang tu dgn kupon kau. Attendance KOKO kalau nak save, kau pegi je setiap kali ada meeting. Aku masa sem 1, sekali je pegi. Haha. Masa sem 2, 2 kali pegi. Tu pun sebab Sir wasep suh pegi. Hahaha.

P/S kalau kau nak makanan free, kau join la club memasak. Serious weh, setiap kali meeting korang kena masak, pastu makan apa yg korang masak tu. Aku join club young entrepreneur. Best gak dapat buat jualan.

Misc...

Yang tinggi tu FSK 6

Yang Rendah tu FSK 7. Yang Sebelah dia FSK 1,5










Aku tulis entry ni saja nk share experience. Harap korang dapat la sedikit gambaran cara hidup kat UiTM Puncak Alam ni. Aku dulu sebelum masuk ada Google gak pasal ni. So aku rasa nak tulis sbb mostly yg aku Google tu dah outdated. Dah tak sama dgn UiTM Puncak Alam tahun 2014/2015 ni, Hopefully this entry will help those who's been looking for Asasi Sains at UiTM, UiTM Puncak Alam or anything related. If any inquiry you can post a comment below. In Sha Allah I'll get to you ASAP.

Labels: , , , , , , , ,



0 Comments:

Post a Comment

Tak kira di mana kau berada, aku doakan kau berjaya dunia akhirat. Tolong doakan aku sekali ye. Amin.



Moshi Moshi
Fakhry Adam
20. Ex-Palam batch 14/15. UniMAP batch 15/16



Find me on:



Instagram



Ongaku





Chatto
Credits
Template by Rin with top icon and image.


« OLD NEW »